Monday, July 18, 2011

Diet Di Bulan Puasa

Memandangkan tak brp lama jer lg kita akan menyambut bulan Ramadhan, ramai org pikir, mesti berat akan turun. Yerla, seharian berlapar dan dahaga....Ada org yg senang turun berat badan dgn cara mcm ni. Tp ada org yg perlu juga utk terus berdiet pada bulan puasa.

Bagi aku, diet harus diteruskan pd bulan puasa, sbbnya aku bukan org yg senang nak turun berat badan. Aku sedang meng"Google"kan perkara ini. So, ada 1 artiket ini menyatakan cara berdiet di bulan puasa. Panjang jg artiket ni so, aku sertakan link dia (klik di sini)

Ok...dah baca??? Sekarang ni tgh berpikir2, menu apa nak disediakan pada bulan pose nanti. Sebelum aku wat entri lain aku CnP 1 artiket berkenaan diet seimbang pada bulan puasa.


Jenis makanan yang boleh diambil sepanjang bulan Ramadan tidak terhad kepada jenis makanan tertentu sahaja. Kebanyakan jenis makanan dibenarkan diambil dalam kuantiti yang tertentu. Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, setiap individu itu perlu mengambil makanan dari setiap kumpulan makanan utama iaitu :
  • Nasi, roti, jenis-jenis mi, bijirin dan jenis-jenis ubian : sumber karbohidrat kompleks yang paling baik.     
Kumpulan ini membekalkan, vitamin, mineral serat diet (dietary fiber) dan protein. Ia dapat membekalkan tenaga untuk fungsi tubuh dan aktiviti harian.
  • Ikan, ayam, daging, kacang dan kekacang : sumber protein yang baik.
Kumpulan ini juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink.   Kekacang dan kacang juga merupakan sumber serat diet. Protein penting untuk proses penyembuhan tisu dan pembinaan otot.
  • Susu dan hasil tenusu : sumber penting untuk kalsium.
Kalsium susu lebih mudah untuk diserap. Ia juga sumber protein yang baik.
  • Sayuran dan buah-buahan : sumber serat diet vitamin, mineral dan antioksidan yang baik.
Buah-buahan seperti jambu batu, kiwi dan sitrus merupakan sumber vitamin C yang baik.   Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak amat berguna untuk mengelakkan penyakit seperti kanser, jantung dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
  • Lemak, minyak dan gula : keutamaan adalah untuk mengurangkan jenis lemak yang tepu (lemak yang keras pada suhu bilik) seperti minyak kelapa, lemak haiwan dan juga santan kelapa.  
Ianya akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada paras kolesterol darah. Contoh lemak yang tidak tepu (lemak yang cair pada suhu bilik) adalah seperti minyak kanola, bunga matahari dan juga soya.
Walau bagaimanapun, pengambilan minyak masih penting kerana ianya adalah penyumbang tenaga (kalori) yang paling tinggi berbanding karbohidrat atau protein serta membekal asid lemak perlu dan berguna untuk penyerapan vitamin larut lemak.  Gula pula hanya membekalkan karbohidrat ringkas tetapi tidak mempunyai nilai zat makanan yang lain.
Setiap makanan di dalam kumpulan makanan yang sama akan mengandungi tahap kepadatan dan jenis nutrien (zat makanan) yang berbeza-beza.  Oleh itu, pengambilan jenis-jenis makanan di dalam kumpulan tertentu perlu dipelbagaikan untuk membekalkan semua zat yang diperlukan dan mendapat manfaat yang sebaik mungkin.



Sumber Maklumat : Utusan Malaysia, 2 Oktober 2005 

No comments:

Post a Comment