Thursday, July 14, 2011

Air Dalam Badan

Selalu orang ckp, kita ni kena minum air 8 gelas 1 hari. Bukan air coke, air teh, kopi, milo atau lain2 air yg berkaler2. 8 gelas tu maksudnya air putih atau kosong atau masak atau mati...(korang pilih la apa panggilan pun).

Pakar pemakanan pun ada ckp, kalau nak mengurangkan berat badan, kita mesti byk minum air. Ok, nak citer sikit pasal air ni....Kalau ikutkan air yang diperlukan oleh badan kita ni berbeza2. Masa aku dlm TBL dulu pernah coach ajarkan mcm mana kita nak tgk keperluan air yg diperlukan dalam tubuh badan kita. Tp aku tak ingat cara kiraannya so aku pun apa lg...guna la Makcik Google.

Ada satu blog ni tunjukkan cara kiraan air yg diperlukan dalam tubuh kita.

keperluan air bagi anda, anda cuma perlu bahagikan berat badan anda (dalam KG) sekarang dengan 25
Aku rasa 25 tu adalah BMI normal bg setiap manusia ni sbb tu dibahagikan dgn 25. Contohnya jika berat badan anda sekarang ni 60KG, jadi 60KG/25 = 2.4 liter. So, anda kenalah minum air sekurang-kurangnya 2.4 liter air dalam seharian (ayat yg aku asik kopi dan pes jer) janji maksud aku sampai pd korang sume

Ayat kat bawah ni pon aku kopi pes jg. Sbb aku dah x der idea nak merepek apa pon kat sini. Janji sharing is caring...=)

Kesan kebaikan minum air dengan cukup ini akan nampak terus. Dan kalau anda konsisten badan kita akan menjadi sangat segar. (Tapi dengan syarat kita makan dan jaga perkara lain dengan betullah. Kalau minum air sahaja, tak berapa nak menjadilah pulak kan?)
Kalau anda nak minum air dengan kuantiti yang banyak, saya ada 2 cara special yang orang lain mungkin tak tahu;
(1) Minum air botol yang jual kat kedai tu, tetapi tutup botolnya berwarna PUTIH.
*Maksud saya air tawar tau, bukan air manis.
(2) Perahkan lemon ataupun limau nipis sebiji dua dalam 1.5 liter air, bagi perasa sikit.
Kalau tak, susah juga nak minum air ni.
Jika susah juga, belilah Glucolin kat kedai tu, sekarang ni ada perasa Oren, Blackcurrant dan yang plain pun ada. Campur sikit je tau. Dalam 2-3 sudu besar untuk 1.5 liter air.
Dan, air ni boleh membantu kita turunkan berat badan sebab;
  • Air tingkatkan kemampuan membakar lemak (metabolisma)
  • Air kawal selera makan (cuba minum air sebanyak 0.5 liter setengah jam sebelum makan)
Air juga berguna dalam mengawal suhu badan. Ada satu "thermostat" kat belakang cuping telinga kita yang mengawal suhu badan. Air yang cukup akan mengembangkan kelenjar ini dan membantu kita supaya kita tak sejuk sangat dan tak panas sangat apabila ada keadaan suhu yang diluar jangkaan kita.

Kalau ikutkan keperluan air utk tubuh aku ada la 3 liter jg byknyer. So, aku ada cara nak minum air sebanyak itu. cara aku la...


Disebabkan aku ni suka sgt beli tumbler tupperware (besar ada, kecik ada) aku gunakan tumbler yg kecil2 jer yg 500ml tu. Kalau nak tahu, setiap jam, tumbler yg aku guna berbeza. Tumbler aku sume colorful mcm kat bawah ni....


Mmg la akan jd byk tumbler pd kita tp aku suka benda yg warna warni. Dah la air tu plain jer...bila botol tu kaler2 kan best skit. Rasa nak minum air jer sentiasa.Korang agak2 brp botol yg aku guna? hihihi...


Dulu mmg aku gunakan tumbler yg 1 liter tp bila tgk air tu nak kena habiskan mcm susah plak...Lagi 1..korang bykkan gerakkan. Walaupun ddk jer kat opis tu ngadap komputer, apa kata sesekali tu jln2 skit. Pegi kat printer ker, pegi dkt mesin faks ker, jln ke mesin photostat ker..jgn korang pegi jln2 sampai x balik tempat sudah ler...


Bila dah bergerak mcm tu, setiap kali balik ke tempat minum ler air dlm tumbler tu. Kan mudah!!! setiap pergerakan korang minum la air skit bila dah ddk di tempat korang.


Setakat aku menulis entri ni, pengambilan air masak utk aku hari ini dah cecah 1.5 liter. Ha....aku perlu 1.5 liter lagi utk minum....


Ini tips aku yg buat. Kalau bg korang ianya tak berhasil jgn salahkan aku yer....

No comments:

Post a Comment