Tuesday, August 23, 2011

Kenapa Tak Turun Byk?

Semalam timbang....hasilnya kurang membuatkan aku senyum. Walaupun ada penurunan tp bukan seperti yg aku inginkan.....Berat aku pada 22/8/2011 adalah


v



v



v



v



v



v



77.3KG

Turun hanya setengah kilo jer. Dah abis buat excercise dah...tp mcm tu jg...huhuhu...harap2 1 Syawal nanti penurunan yg amat2 drastik..hihihi kalau boleh la. Nak capai target 1 Syawal 75KG....hurrmmm bleh ker???

Saturday, August 20, 2011

Dah Tak Sempat

Hurrmmm...inilah perangai aku. Bila lama tak update mcm terus malas nak update.
Walau apa pon aku tak malas pon dlm misi diet aku. Sekarang dah semakin rajin buat workout dan menjaga pemakanan.

Untuk pengetahuan anda semua (ramai ker baca blog ini?), aku dah start buat TBL Cardi Max Workout utk step yg pertama. Aku buat selepas balik dari sembahyang tarawih. Workout ni, adalah dalam 30 minit. Aku tambah lagi dgn sit up 30-50 kali.

Sekarang ni bukan target nak turun jer tp nak kempiskan perut. Tu yg sedaya upaya buat sit up. Ngeee~~~

Menganai menu aku plak, aku pon dah jarang fill in the blank table menu bulan puasa aku. Bukan apa, mmg tak der masa sesangat.

Ohhh...sedar tak sedar lagi 10 hari nak sambut Syawal. Aku akan merindui solat tarawih dan mcm2 lagi aktiviti dlm bulan puasa. Aku harap Syawal nanti aku tak ler terlebih-lebih mkn. Takut juga ni...masih dlm peringkat menganalisis kekuatan semangat utk menahan nafsu makan. Ngeee~~~ takut nya!!!

Timbangan?? Nampaknya aku masih mengalami penurunan berat. Walaupun tak seperti minggu pertama (turun 2kg) tp tiap2 minggu aku turun 1kg (seperti yg di target).

Alhamdulillah....aku harap aku berjaya dgn misi kali ini. Tunggu 1 Syawal aku timbang berat aku plak yer!!!

Sedang bersiap utk pergi Ipoh utk ambil kuih raya!!!!

Tuesday, August 16, 2011

Bukan Tak Nak Update

Aku bukan tak nak update, memandangkan bulan puasa ni kepala sedikit buntu untuk post entri. Mengenai entri menu bulan puasa yg aku pikirkan tu pon tak dpt aku buat lg. Tapi aku sentiasa update menu dlm jadual yg telah aku buat sendiri.

Workout pulak aku buat setiap hari, cuma hari Jumaat dan Sabtu (12 & 13hb) lepas aku tak buat sbb aku pegi Ipoh ikut adik aku.

Oklah, mungkin aku tak dapt nak post entri mengenai menu tp aku cuba ringkaskan apa yg aku buat sepanjang bulan puasa ni.

Menu berbuka, sama jer dgn yg lain sbb tak boleh nak pilih sgt kecuali kalau aku masak. Aku hanya mkn sepinggan nasi bersama-sama lauk2 biasa yg dibeli oleh suami aku. Kalau aku masak masih boleh fikir mana yg baik utk diet aku. Kadang2 ter"miss" juga cara pemakanan aku. Cthnya kalau dah jumpa masakan mak. Tapi cepat2 la pikir apa harus dilakukan.

Kalau aku rasa nak tambah, aku hanya ambil segenggam nasi. Itu sudah cukup memadai. Masa bulan2 puasa ni, masakan berlemak dan manis mmg tak boleh nak elak la tapi cuba minimize pengambilan lauk2 yg mcm tu. Cover balik dgn workout.

Workout aku adalah selepas balik dr tarawih. Ikut keadaan juga aku nih, kadang rasa mood ok nak buat lama sikit, aku ikut CD TBL tu. Kalau rasa nak sekejap, aku buat cara aku sendiri. Paling kurang pon 10-15 minit mesti buat workout.

Bersahur pulak, aku mkn jg. Cuma dlm kuantiti yg amat sedikit. Kalau makan nasi, adalah aku amik dlm 1 senduk nasi. Tapi semenjak masuk pertengahan puasa ni, aku dah x makan sgt. Paling kurang pun aku mkn pisang atau kurma.

Pengambilan air kosong mmg aku x pernah tinggal lagi. Sahur setengah liter, berbuka setengah liter. Kadang tu kalau buat workout tu terlebih, aku minum lebih sikit. Aku rasa inilah Ramadhan yg berjaya mendidik aku jaga pemakanan. Dari menu, air dan workout sume aku berhati-hati.

Mungkin aku tak dpt nak capai target yg seperti aku ckpkan dlm entri2 lepas tp aku bersyukur berat badan aku mengalami penurunan. Aku juga berusaha untuk terus menurunkan berat lepas bulan puasa ni. Aku tak mahu org panggil aku "Ani tembam", "Ani bulat", "Ani gemuk" dan mcm2 panggilan...

Itu yg buat aku stress bila aku pikirkan sume itu....Semoga dipermudahkan perjalanan aku ini.

Wednesday, August 10, 2011

10 Ramadhan

Dah masuk hari ke-10 bulan Ramadhan. Mula la...diri ini malas semacam. Hari ni tak pegi tarawih pun.
Alasan: nak basuh baju dan sidai baju. Nak lipat baju dan susun baju.

Org perempuan ni abis2 dgn baju...tp tu bukan alasan yg kukuh pun....(tp aku mmg tgh mesin baju trip ke-2 sekarang dan baru lps sidai baju)

Jap g ingat nak wat workout....Insya-Allah...mesti buat walaupun 10 minit. Workout TBL Cardio Max tunggu hujung minggu yer.

Sidai baju pun workout jg kan??? hehehe....oklah, nak post tu jer. Sebagai tanda aku tetap update blog ini. Masih tidak tahu cara nak wat enri menu bulan puasa. Insya-Allah...akan post jg suatu hari nanti.

Monday, August 8, 2011

Mcm Mana Nak Buat?

Dari pg td aku cari cara nak post mengenai menu seminggu aku. Bila wat table dah jd terlebih2 plak. Esk2 la aku pikirkan...hari ni mcm lemau skit.

agi pun menu bulan puasa ni mcm asik ulang benda yg sama jer. Yer la...menu berbuka, sama juga menu bersahur. Bezanya sahur mkn skit jer sebagai alas perut. Kalau ada masa aku post manu utk bulan puasa ni yer...

Ok...entri yg simple. Sbb nak nyatakan masalah aku tu jerk ngeh..ngeh..ngeh

I'm Happy

Wahh...speaking London. Kenapa?? Sbb aku baru jer buat timbangan selepas seminggu berpuasa. Ingat tak masa timbangan aku Jumaat lps....hari ini (hari sepatutnya kejadian timbang) aku timbang lg....Berat aku pada 8/8/11 adalah...


v



v



v



v



v



v



78.9KG

Menakjubkan bukan???? Yer aku amat teruja.. hapir 2kg dlm 1 minggu berpuasa. Aku akan berusaha lg...

Oh...ada tips dan info sikit. Mengenai timbangan berat badan. Bila waktu yg sesuai utk timbang? Tak silap aku (pernah baca atau dengar) seeloknya timbangan perlu dilakukan pada waktu pagi selepas bangun dr tido. Kenapa? Kerana waktu kita tido, zat2 makanan atau lemak2 dlm bdn berada pada tempat yg sepatutnya. Bila bangun pergi terus atas penimbang dan itulah berat kita sebenarnya.

Tp bulan puasa...boleh juga kalau nak timbang pagi2 sebelum bersahur...kalau lepas bersahur dah x betul bacaan nya. Sekiranya terlupa, cuba timbang waktu tgh hari (ketika ini kita perlu tido/baring sekejap sebelum buat penimbangan).

Disebabkan penimbang aku dkt opis, aku hanya buat penimbangan waktu tgh hari (dlm bulan pose ni jer) selepas aku bangun dr tido. ngeh..ngeh..ngeh..

Friday, August 5, 2011

Apa Nak Post?

Ermmm...semenjak bulan puasa ni aku jarang post entri kat sini. Yer la...aktiviti perlu di kurangkan...Lg pon aku dah bg tau nak post menu seminggu sekali. So, tunggu hari Ahad ni utk mengetahui menu apa yg aku mkn sepanjang seminggu berpuasa.

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ke-5 berpuasa. Td masa rehat kat opis ada la berborak-borak dgn jiran partition aku...hehehe cerita pasal berat. Tetiba masa tu terpikir nak timbang. hehehe....Apa lg, naik la atas penimbang. Harapannya dapat turun  sikit pon jd la...Ermmm apa keputusan???

Berat aku jd 79.2kg.....masa petang dlm kul 2 tu la...aceli x brp nak elok sgt kalu selalu timbang sbb kita susah nak tgk progress kita. Tp td gatal sgt nak timbang sbb pikir puasa kan...dah 5 ari plak tu. Bila tgk timbang jd byk tu, mcm bertambah semangat plak nak meneruskan misi ini.

Bila ditolak-tolak dengan berat aku masa 1 Ramadhan (80.8kg) dan berat ptg td (5 Ramadhan ialah 79.2kg) makna nya aku dah turun 1.6kg. Alhamdulillah.....aku akan berudaha lg utk terus menurunkan berat bdn aku. Isnin ni nak timbang lg (hari yg sepatutnya aku timbang).

Oh yer....apa aku buat sampai bleh turun mcm tu? Serba sikit aku bg tips yer...Sahur aku tetap mkn jg tp dlm kuantiti yg sikit. Yg pasti, aku akan minum air kosong 0.5liter. Waktu berbuka aku mkn x la mcm org kebulur. mcm biasa, kalau aku nak tambah pon aku pastikan aku cuma tambah nasi segenggam jer. Tak nak lebih2....lauk dlm bulan puasa ni susah sikit nak memilih sbb suami aku yg beli.

Lepas berbuka, solat magrib dan mengaji. Kemudian siap2 ke surau utk tarawih (jalan kaki ok). Aku akan bawa 1 botol (0.5liter) air kosong. Tarawih 8 rakaat plus solat witir 3 rakaat. Lepas solat sume tu aku minum separuh air kosong yg aku bwk. aku tak tunggu utk mkn dekat surau, aku terus jer balik (jln kaki lg). Sampai rumah buka tudung, masuk dlm bilik, aku buat workout dlm 10 minit. Tp hari ini (5/8/11) aku dapat buat TBL Workout Cardio Max lepas balik tarawih td (30minit).

Lepas buat workout, aku minum balance air dlm botol td. Kadang aku minum lebih (tambah air lg) So, aku akan pastikan tubuh aku dpt keperluan air yg sepatutnya...walaupun utk 1 liter dlm 1 hari berpuasa. Dulu tak terpikir pon nak buat mcm tu, yer la masa tu ada kelas. Susah nak bajet.

Sekarang aku baru terpikir....kenapa Allah telah tetapkan bulan puasa ada bersahur...berbuka..tarawih. Sahur utk kita menahan lapar di siang hari, berbuka utk kita dptkan kekuatan utk bertarawih. Tarawih adalah 'senaman' yg paling baik utk kembalikan tenaga kita kpd asal supaya boleh bangun sahur esk pagi. Indahnya ketentuan Allah s.w.t.

Alhamdulillah setakat ini aku masih bertenaga di siang hari. Cuma pepagi tu agak mengantuk sikit. Kadang aku tidor kat opis bila sampai. Tgh hari tido lg...Bulan puasa aku bangun pkl 4 pg sbb siapkan mknan utk bersahur. Lps mkn tido sekejap utk tunggu subuh.

Oklah...apa pun, itu tips dr aku. Kalau korang rasa boleh buat...sila buat. Kalau ada cara lebih berkesan...sila la share bila nak share to public yer blog ini? huhuhu...tak per la..thn2 depan panjang umur bleh try cara ini lg...hihihi

Wednesday, August 3, 2011

Puasa Nan Indah

Oppsss...rupanya aku dah x update blog dkt 2 ari...maklumlah bulan puasa. Balik solat tarawih pon dkt pkl 10.30. Dah tu iron baju la, siap2 brg utk sahur esk la...haiissshhh x sempat la nak on pc.

Anyway mlm ni aku try jg utk update. Semenjak bulan pose ni, rasa bdn mcm ringan skit. Walaupun baru 3 ari berpuasa. hihihi..tp berat mcm statik jer. Minta2 minggu depan turun la berat aku. Apa aku buat bulan puasa ni?

Pagi bangun sahur pukul 4 sbb nak panaskan lauk2 utk sahur. dah 3 ari ni aku mkn sahur jg la...tp esk2 dah lama x tau la nak mkn ker atau minum jerk. Pkl 4.45 baru kejut En. Kanda. Dekat opis plak time tgh hari waktu utk tido. Sbb aku masuk keje kul 7.30 pagi. Aku balik kul 4.30ptg.

Sampai umh solat asar, baring jap. Hari ke-2 puasa ari tu ada try wat exercise ringan2. Bleh la...nak test dulu. Hari wat lg...buat dlm 10 minit. Pastu baru sediakan mknan utk berbuka.

Lps berbuka, solat dan mengaji. Tarawih kat surau baru. Pkl 10 lbh baru sampai umah. Buat workout sikit lg. mcm lompat bintang dan senaman dlm cd TBl Cardio Max tu. amik yg mana bleh jer. Yg pasti sit up aku buat. Hari ni dpt buat 50 kali. Yahooo (marah pakcik Google)

Oklah, nak citer pasal tu jer entri ni...ader citer nati aku post lg. Bulan puasa bulan diet....Insya-Allah

Monday, August 1, 2011

Mana Satu Nak Ikut?

Pagi2 lagi sampai ofis terus naik atas penimbang. Kunun la....1st day puasa...mesti turun. Tp saya terlupa yg saya sahur pg td mkn nasi...huhuu hasilnya...timbang2 naik plak....cer tgk bacaan penimbang pagi2 buta pkl 7 lbh...

v


v


v


Bacaan timbangan waktu pagi...81.2kg


Masa tu rasa mcm nak tercabut nyawa. Yer la...dok pikir, hari2 buat worout tp x turun2. Payah nyer la nak pecahkan angka 8 yg kat depan tuh....Mcm mana ni? Last sekali baru terpikir...cuba aku timbang time tgh hari, yer la...sbb puasa....akhirnya bacaan penimbang mcm pic kat bwh ni...

v

v

v

v

Bacaan timbangan waktu tgh hari....80.8kg

So, korang rasa, aku nak amik bacaan yg mana? kalau ikutkan hati 2-2 aku tak mau...tp aku amik bacaan penimbang waktu tgh hari la...bukan sbb dia sikit dr bacaan pagi tp pikir logik la jg sbb aku bersahur pg td...

Mcm mana pun aku x nak angka 8 kat depan tuh?? Mampukah aku???

Salam Ramadhan

Hari ini bermulalah puasa bg seluruh umat Islam. Sebelum terlupa, menu semalam.

Pagi - Nasi goreng sotong (buat sendiri) + Air teh O (2 cwn)
Tgh Hari - x mkn sbb tgh masak....
Petang - mkn pkl 3. Nasi + sup tulang + sambal sotong + ikan goreng + sayur campur
Mlm - mkn benda yg sama mcm manu ptg tuh....(sbb masak benda tu sume). Cuma amik dlm kuantiti yg sikit.

Pengambilan air kosong - 2 liter (x sampai rasanya...agak2 jer)

Exercise
TBL Cardio Max Workout Level 1 + sit up 40x

Untuk menu di bulan puasa...aku akan update seminggu sekali. Aku akan buat table supaya memudahkan aku memantau cara pemakanan aku.

Ok...jap g nak timbang plak. Start bulan pose dan seterusnya...aku akan timbang hari Isnin kecuali kalau ada apa2 hal (cuti ker, mc ker) terpaksa aku timbang hari lain.