Wednesday, September 7, 2011

Kembalikan Mood Itu

Kalau ikutkan semalam patutnya aku nak wat exercise lepas balik keje, macam aku buat sebelum puasa dulu tapi tak tau la kenapa berat sangat mata aku petang semalam. Lepas Asar terus terlelap. So, semalam tak buat pa2 workout.

Tapi pengambilan air kosong rasanya sampai 1.5liter kot. Hari ni pun berusaha utk habiskan 1 liter air kosong sebelum tgh hari (dah bwk tumbler kaler2).

Breakfast pagi td, ambil yg x berat sgt setakat tahu sumbat dgn nasi impit 5 ketul kecil. Mkn dgn kuah kacang. Takut nak naik penimbang minggu ni. Insaya-Allah minggu depan aku timbang yer.

Nak story skit mengenai penimbang aku ni. Disebabkan penimbang aku ni di letakkan di opis, maka ramai la rakyat yg suka sgt nak naik atas tu. Dulu letak kat tempat ex-boss aku sekarang penimbang ni dah pulang semula ke tempat aku.

Masa balik hari raya tu mmg bawak balik kg penimbang tu. Yer la nak timbang pagi raya. Rupanya family2 pon sibuk juga nak menimbangkan diri. Bila blk ke KL aku terlupa nak bwk balik penimbang tu kat opis sbb penimbang tu dlm kereta.

Semalam ramai la yg bertanya ke mana menghilang penimbang aku. Sbb masing2 nak timbang berat selepas beraya sakan. Hari ini aku dah bwk ke opis dan ramai la yg dah pijak penimbang aku ni...aku pun rasa mcm nak timbang tp aku tak yakin sgt. So, biarkan jer la dulu.

Tetiba terpikir, nak beli penimbang lain la letak di rumah. Hurrrmmmm nak cari brand Tanita tu. Best jugakan tp mahal la...

Dah tahap kesian dgn penimbang yg ada ni. Kalau la penimbang ni kena masukkan duit, rasanya aku dah kaya dah...hahaha Tak per la. Buat amal jariah skit. Semoga penimbang aku ni x sakit yer dgn keberatan yg naik atas dia.

Balik nati ingat nak ambil gambar full body la...sbb nak mula balik misi diet ini (dah puas berehat seminggu) Insya-Allah semoga aku terus bersemangat...

2 comments: