Monday, August 8, 2011

I'm Happy

Wahh...speaking London. Kenapa?? Sbb aku baru jer buat timbangan selepas seminggu berpuasa. Ingat tak masa timbangan aku Jumaat lps....hari ini (hari sepatutnya kejadian timbang) aku timbang lg....Berat aku pada 8/8/11 adalah...


v



v



v



v



v



v



78.9KG

Menakjubkan bukan???? Yer aku amat teruja.. hapir 2kg dlm 1 minggu berpuasa. Aku akan berusaha lg...

Oh...ada tips dan info sikit. Mengenai timbangan berat badan. Bila waktu yg sesuai utk timbang? Tak silap aku (pernah baca atau dengar) seeloknya timbangan perlu dilakukan pada waktu pagi selepas bangun dr tido. Kenapa? Kerana waktu kita tido, zat2 makanan atau lemak2 dlm bdn berada pada tempat yg sepatutnya. Bila bangun pergi terus atas penimbang dan itulah berat kita sebenarnya.

Tp bulan puasa...boleh juga kalau nak timbang pagi2 sebelum bersahur...kalau lepas bersahur dah x betul bacaan nya. Sekiranya terlupa, cuba timbang waktu tgh hari (ketika ini kita perlu tido/baring sekejap sebelum buat penimbangan).

Disebabkan penimbang aku dkt opis, aku hanya buat penimbangan waktu tgh hari (dlm bulan pose ni jer) selepas aku bangun dr tido. ngeh..ngeh..ngeh..

No comments:

Post a Comment