Friday, August 5, 2011

Apa Nak Post?

Ermmm...semenjak bulan puasa ni aku jarang post entri kat sini. Yer la...aktiviti perlu di kurangkan...Lg pon aku dah bg tau nak post menu seminggu sekali. So, tunggu hari Ahad ni utk mengetahui menu apa yg aku mkn sepanjang seminggu berpuasa.

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ke-5 berpuasa. Td masa rehat kat opis ada la berborak-borak dgn jiran partition aku...hehehe cerita pasal berat. Tetiba masa tu terpikir nak timbang. hehehe....Apa lg, naik la atas penimbang. Harapannya dapat turun  sikit pon jd la...Ermmm apa keputusan???

Berat aku jd 79.2kg.....masa petang dlm kul 2 tu la...aceli x brp nak elok sgt kalu selalu timbang sbb kita susah nak tgk progress kita. Tp td gatal sgt nak timbang sbb pikir puasa kan...dah 5 ari plak tu. Bila tgk timbang jd byk tu, mcm bertambah semangat plak nak meneruskan misi ini.

Bila ditolak-tolak dengan berat aku masa 1 Ramadhan (80.8kg) dan berat ptg td (5 Ramadhan ialah 79.2kg) makna nya aku dah turun 1.6kg. Alhamdulillah.....aku akan berudaha lg utk terus menurunkan berat bdn aku. Isnin ni nak timbang lg (hari yg sepatutnya aku timbang).

Oh yer....apa aku buat sampai bleh turun mcm tu? Serba sikit aku bg tips yer...Sahur aku tetap mkn jg tp dlm kuantiti yg sikit. Yg pasti, aku akan minum air kosong 0.5liter. Waktu berbuka aku mkn x la mcm org kebulur. mcm biasa, kalau aku nak tambah pon aku pastikan aku cuma tambah nasi segenggam jer. Tak nak lebih2....lauk dlm bulan puasa ni susah sikit nak memilih sbb suami aku yg beli.

Lepas berbuka, solat magrib dan mengaji. Kemudian siap2 ke surau utk tarawih (jalan kaki ok). Aku akan bawa 1 botol (0.5liter) air kosong. Tarawih 8 rakaat plus solat witir 3 rakaat. Lepas solat sume tu aku minum separuh air kosong yg aku bwk. aku tak tunggu utk mkn dekat surau, aku terus jer balik (jln kaki lg). Sampai rumah buka tudung, masuk dlm bilik, aku buat workout dlm 10 minit. Tp hari ini (5/8/11) aku dapat buat TBL Workout Cardio Max lepas balik tarawih td (30minit).

Lepas buat workout, aku minum balance air dlm botol td. Kadang aku minum lebih (tambah air lg) So, aku akan pastikan tubuh aku dpt keperluan air yg sepatutnya...walaupun utk 1 liter dlm 1 hari berpuasa. Dulu tak terpikir pon nak buat mcm tu, yer la masa tu ada kelas. Susah nak bajet.

Sekarang aku baru terpikir....kenapa Allah telah tetapkan bulan puasa ada bersahur...berbuka..tarawih. Sahur utk kita menahan lapar di siang hari, berbuka utk kita dptkan kekuatan utk bertarawih. Tarawih adalah 'senaman' yg paling baik utk kembalikan tenaga kita kpd asal supaya boleh bangun sahur esk pagi. Indahnya ketentuan Allah s.w.t.

Alhamdulillah setakat ini aku masih bertenaga di siang hari. Cuma pepagi tu agak mengantuk sikit. Kadang aku tidor kat opis bila sampai. Tgh hari tido lg...Bulan puasa aku bangun pkl 4 pg sbb siapkan mknan utk bersahur. Lps mkn tido sekejap utk tunggu subuh.

Oklah...apa pun, itu tips dr aku. Kalau korang rasa boleh buat...sila buat. Kalau ada cara lebih berkesan...sila la share bila nak share to public yer blog ini? huhuhu...tak per la..thn2 depan panjang umur bleh try cara ini lg...hihihi

No comments:

Post a Comment