Tuesday, August 16, 2011

Bukan Tak Nak Update

Aku bukan tak nak update, memandangkan bulan puasa ni kepala sedikit buntu untuk post entri. Mengenai entri menu bulan puasa yg aku pikirkan tu pon tak dpt aku buat lg. Tapi aku sentiasa update menu dlm jadual yg telah aku buat sendiri.

Workout pulak aku buat setiap hari, cuma hari Jumaat dan Sabtu (12 & 13hb) lepas aku tak buat sbb aku pegi Ipoh ikut adik aku.

Oklah, mungkin aku tak dapt nak post entri mengenai menu tp aku cuba ringkaskan apa yg aku buat sepanjang bulan puasa ni.

Menu berbuka, sama jer dgn yg lain sbb tak boleh nak pilih sgt kecuali kalau aku masak. Aku hanya mkn sepinggan nasi bersama-sama lauk2 biasa yg dibeli oleh suami aku. Kalau aku masak masih boleh fikir mana yg baik utk diet aku. Kadang2 ter"miss" juga cara pemakanan aku. Cthnya kalau dah jumpa masakan mak. Tapi cepat2 la pikir apa harus dilakukan.

Kalau aku rasa nak tambah, aku hanya ambil segenggam nasi. Itu sudah cukup memadai. Masa bulan2 puasa ni, masakan berlemak dan manis mmg tak boleh nak elak la tapi cuba minimize pengambilan lauk2 yg mcm tu. Cover balik dgn workout.

Workout aku adalah selepas balik dr tarawih. Ikut keadaan juga aku nih, kadang rasa mood ok nak buat lama sikit, aku ikut CD TBL tu. Kalau rasa nak sekejap, aku buat cara aku sendiri. Paling kurang pon 10-15 minit mesti buat workout.

Bersahur pulak, aku mkn jg. Cuma dlm kuantiti yg amat sedikit. Kalau makan nasi, adalah aku amik dlm 1 senduk nasi. Tapi semenjak masuk pertengahan puasa ni, aku dah x makan sgt. Paling kurang pun aku mkn pisang atau kurma.

Pengambilan air kosong mmg aku x pernah tinggal lagi. Sahur setengah liter, berbuka setengah liter. Kadang tu kalau buat workout tu terlebih, aku minum lebih sikit. Aku rasa inilah Ramadhan yg berjaya mendidik aku jaga pemakanan. Dari menu, air dan workout sume aku berhati-hati.

Mungkin aku tak dpt nak capai target yg seperti aku ckpkan dlm entri2 lepas tp aku bersyukur berat badan aku mengalami penurunan. Aku juga berusaha untuk terus menurunkan berat lepas bulan puasa ni. Aku tak mahu org panggil aku "Ani tembam", "Ani bulat", "Ani gemuk" dan mcm2 panggilan...

Itu yg buat aku stress bila aku pikirkan sume itu....Semoga dipermudahkan perjalanan aku ini.

No comments:

Post a Comment